Sunday, October 18, 2009

Di Malam Hujan Lebat

Di malam hujan lebat
Aku masih belum lagi lelap
Bukan nak sembang aku hebat
Tapi nak cerita kisah yang malap...

Aku bukan insan sempurna
aku cuma insan biasa
bukan nak berkhutbah
mahupun berceramah
sekadar ingin meluah...

hidup ini penuh liku
harus waspada setiap masa
penuhi masa lapangmu dengan buku
kelak hidupmu senang sentiasa...

kemana jua dikau berada
jgn lupa yg maha esa
jgn lupa pesan ibu bapa
juga pesan alim ulama

hidup..penuh makna
jika diri pandai dijaga
jgn lupa...jgn leka
majukan dirimu setiap ketika

sampai disini sahaja
salah dan silap maaf dipinta

buah cempedak diluar pagar
ambil galah tolong jolokkan...

Wednesday, October 7, 2009

speed has no limit!definasi jiwa kelajuanku




Jurnal Minggu ke-12 Isnin-05/10/2009

Sepatutnya kelas pada hari ini diadakan pembentangan tetapi tiada pelajar yang tampil kehadapan untuk berbuat sedemikian. Tiada pelajar yang bersedia. Saya agak kecewa kerana saya sendiri tidak bersedia pada hari itu. Minggu ini dan minggu lepas adalah minggu yang teramat sibuk untuk saya dan juga 25 rakan kelas TESL yang lain. Banyak tugasan yang perlu dihantar. Namun begitu, kelas hari ini tetap diteruskan oleh En. Shukri dengan kuliah seperti biasa.

Kuliah hari itu ada kaitan dengan peperiksaan akhir. Kuliah meliputi terma atau istilah seperti triambulasi. Terdapat beberapa jenis triambulasi yang saya dapat ingat, seperti masa, orang dan metod. Kuliah juga ada kaitan dengan Silogisme dan Falasi. Antara contoh Silogisme dan Falasi ialah iklan. Ada iklan yang mengandungi unsur Silogisme, ada iklan juga yang mempunyai unsur Falasi. Di dalam Silogisme dan Falasi terdapat premis-premis yang menentukan sama ada ia Silogisme atau Falasi.

Pada hujung minggu ke-12 ini, kami perlu menghantar soft copy projek akhir kumpulan kami. Ahli kumpulan saya yang lain adalah Mohd Alif dan Nik Nasyram. Kami ada menghasilkan satu produk yang diberi nama ‘produk muslimah’ yang dicadangkan oleh ketua kumpulan kami, Mohd Alif. Konsep atau idea projek akhir ini datang dari buah fikiran Mohd Alif. Setelah berbincang kami sama-sama bersetuju dan bersepakat untuk melaksanakan projek ini.Ianya masih lagi dalam proses pembikinan dan dijangka siap pada selewat-lewatnya minggu hadapan. Walau bagai mana pun, kami akan menghantar soft copy projek kami ini pada Ahad ini sebelum pukul 8 malam.

Minggu hadapan, iaitu minggu ke-13 merupakan peluang terakhir kami untuk membuat pembentangan. Oleh kerana minggu ni kami tidak bersedia. Saya ingin berkongsi beberapa video tentang inovasi atau ciptaan kreatif. Harapan saya juga agar dapat menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan tidak kira sama ada tugusan untuk subjek ini atau pun subjek-subjek yang lain. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Shukri diatas tunjuk ajar beliau sepanjang semester ini. Walaupun kuliah jarang dapat dijalankan.