Empat Pelajar UITM Terbunuh Kereta Bertembung Treler
ALOR GAJAH, 27 Mac (Bernama) -- Empat pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu di sini terbunuh setelah kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah treler di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) di Sungai Petai di sini malam Khamis.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Omar Ali Saifuddin Shaharuddin berkata tiga manga meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi sewaktu tiba di Hospital Melaka (HM).
Beliau berkata pelajar yang terbunuh dalam kejadian kira-kira pukul 11.15 malam itu adalah Mohd Nafil Kosnon, 20, yang berasal dari Sungai Besar, Selangor; Mohamad Sulaiman Rahman, 21, dari Jerantut, Pahang; Mohd Shaherman Sudin, 22, dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan dan Muhamad Zaki Jasmi, 23, dari Telok Mas, Melaka.
"Dalam kemalangan itu, kereta yang dinaiki empat pelajar berkenaan yang menghala ke Bandar Melaka telah bertembung dengan sebuah treler dari arah bertentangan. Kereta yang dinaiki pelajar itu remuk teruk dan tersepit akibat impak kemalangan," katanya kepada pemberita di sini Jumaat.
Katanya kemalangan dipercayai berlaku setelah salah sebuah kenderaan telah melanggar lampu isyarat merah di satu persimpangan.
Berdasarkan siasatan awal, kereta Toyota GL yang dipercayai dipandu oleh Mohd Nafil dalam perjalanan untuk menghantar Muhamad Zaki ke rumahnya di Telok Mas.
Mohamad Sulaiman, Muhamad Zaki dan Mohd Shaherman adalah pelajar semester akhir peringkat diploma manakala Mohd Nafil ialah pelajar semester empat.
Ketika kejadian, pemandu treler berusia 27 tahun yang membawa bahan getah untuk dieksport sedang dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Klang. Beliau dan kelindan ditahan untuk membantu siasatan.
Sementara itu, Jasmi Hasim, 51, bapa kepada Muhamad Zaki berkata beliau tidak menyangka sama sekali anaknya akan meninggal dunia akibat kemalangan.
"Allahyarham sempat menghantar pesanan khidmat ringkas kepada saya pada kira-kira pukul 11 malam menyatakan beliau sedang dalam perjalanan pulang ke Telok Mas dihantar oleh rakan-rakannya," katanya sewaktu ditemui di HM.
Beliau berkata ada menyatakan kesediaannya untuk menjemput anaknya di kampus tetapi anaknya memberitahu tidak perlu bersusah payah kerana akan dihantar oleh rakannya.
"Saya juga difahamkan anak saya masih sempat bercakap sewaktu dibawa ke HM sebelum menemui ajalnya," katanya.
Abang kepada Mohamad Sulaiman, yang enggan dikenali, berkata beliau terkilan kerana tidak dapat berjumpa dengan adik bongsunya itu seperti dijadualkan pada minggu ini.
"Kali terakhir saya berjumpanya pada bulan lepas dan adik saya adalah anak bongsu dari sembilan beradik," katanya.
Jenazah keempat-empat mangsa yang dibawa ke HM telah dibawa pulang ke tempat masing-masing.
Omar Ali berkata kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan meminta mana-mana pihak yang melihat kejadian kemalangan itu menghubungi balai polis Alor Gajah di talian 06-5562222
Kehilangan membuatkan seseorang itu lebih menghargai
kali ni...aku kehilangan seorg tmn..
yg agak rapat..mmg agak terasala..
sewaktu di sekolah dulu..lps spm..
kenangan..mmg paling best zaman sekolah ar
zaman2 muda remaja cam skrg ni
23 muda lg what?ahaks
pape pun..yg telah pg..biarlah pg..
semoga rohnye tenang abadi..